Monday, July 16, 2012

Allah Mengujiku.....

Arini kesedihan tahap lembik nye... Kehilangan segala tenaga dan qudrat setelah ketahui natijah (keputusan) peperiksaan dur sani (mengulang).. Yang paling menyedihkan abah dengan mak yang kecewa sebab aku tak lulus kali pertama... Tadi abah telefon aku untuk memberi kata2 semangat... Abah kata ini ujian Allah kat kau.. Biar kau bertambah kuat dan semangat dalam belajar... Banyak2 bersabar.. Sampai suruh pulak abang aku yang dulu belajar Mesir telefon aku untuk memberi kata2 perangsang jugak..Allah2! Terharu siot!





"Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap keluarganya dan aku (Nabi SAW) adalah sebaik-baik kalian bagi keluargaku" (H.R. Tirmidzi dan Ibnu Majah)



Ya allah,...berilah aku kekuatan untuk menghadapi ujian yang Kau 


berikan kepadaku ya Allah!!



Hasbunnallahu wa ni3mal wakiil!!...doakan aku najah (lulus) untuk 


ujian kali kedua nanti...



Bersabarlah wahai hati.. Kejayaanmu ditangguhkan seketika 


sahaja... Lepas raya InsyaAllah najah (lulus)!!




P/S : Mabruk buat sahabat2 ya najah (lulus)... Doakan ana pulak lulus...

Monday, July 18, 2011



Aku Ini Siapa?

merentas safar kehidupan...
satu perjalanan..
dari hari dilahirkan..
sehingga waktu bertemu Tuhan..
menuruni luruh dalam lagi kejam..
melalui sungai permai lagi damai..
bertamu di desa lemah lagi lesu..
bertandang di ladang lapang dan senang..
singgah di daerah susah dan payah..
ziarah di tanah yang mewah dan indah..
disapa manusia celaka lagi neraka..
berjumpa insan mulia dan syurga..
terserempak si bongkak penuh lagak..
mengenali si jiwa murni penuh budi
bertegur si jujur yang luhur..
ditarik si munafik yang berbolak balik..

telah ku rasa derita airmata..
telah ku gembira senyum tawa..
namun,
tiada bekalan yang lebih cekal..
melainkan hidup di bawah lembayung tawakkal..
tiada pedoman melawan sukar dan gusar..
melainkan keinsafan dan istighfar..
tiada senjata menghambat pancaroba
melainkan munajat dan doa

akanku terus kembara di sahara maya
menuju ke saat penamat sebuah riwayat..
kunci suci ialah bertanya sendiri:
engkau siapa wahai diri?
hamba Tuhan atau abdi kehidupan?


Jikalah al-Imam Ahmad yang mulia menyebut kepada orang yang memujinya "jika engkau tahu dosa dan kesalahan yang ada padaku, nescaya engkau menabur pasir atas kepalaku" .... Saya yang dhoif ini ratusan juta kali lebih layak untuk menyebutnya..

Saturday, July 2, 2011



Munajatku padaMu Tuhan
Ampuni dosa kumasa silam
Sempurnakanlah kehidupanku
Murahkan rezeki dengan nikmat-Mu

Jadikanku hamba bertaqwa
Tiang iman untuk agama

Munajatku padaMu Tuhan
Ampuni dosa sekalian insan
Sempurnakanlah hidup kami
Murahkan rezeki dengan nikmat-Mu

Jadikan kami hamba bertaqwa
Tiang iman untuk agama

Laaillahaillallah
Jauhkan aku dari siksaan
Api neraka yang panas
Membakar manusia ingkar di dunia

Muhammadurrasulullah
Terimalah ku jadi umatmu
Ku pohon syafaat darimu
Beratkan neraca pahala kunanti

Aku aniaya...
Diri sendiri selamanya
Ku tak tertanggung...
Duka dan dosa silamku



P\S - Antara lagu nasyid yang berjaya menusuk ke kalbuku... Betul2 insaf...Astaghfirullahal A3zim..


::AYAH TETAP TANGGUNG DOSA WALAU DAH TIADA::

Lelaki
- Sebelum berumah tangga fikirkan terlebih dahulu yang perkahwinan bukan semata2 bagi nafkah kepada anak isteri sahaja tetapi ilmu agama perlu dicurahkan bersama..jika seorang suami gagal mendidik sang isteri dengan baik. sedarlah bahawa saham dosa turut mengalir kepada mereka..nasihati lah si isteri dan anak2 untuk menutup aurat dan menjauhi perkara mungkar. Salah tarbiah daripada anda boleh membawa dirimu ke pintu neraka.

Perempuan
- Sedarilah wahai wanita bahawa bila anda sudah berumahtangga, dosa anda ditanggung oleh si suami. Jika anda masih dibawah jagaan ibu bapa, sang ayah yang akan menggalas bebanan dosa anda..jadi, cubalah jadi anak dan isteri yang baik..jangan bebani mereka dgn dosa2 kita..jika si ayah atau suami suruh menutup aurat, maka tutuplah, jangan melawan.

✿ ✿ ✿✿ ✿ ✿✿ ✿ ✿✿ ✿ ✿✿ ✿ ✿✿ ✿ ✿✿ ✿ ✿✿ ✿ ✿ ✿✿ ✿ ✿✿ ✿ ✿

4 GOLONGAN LELAKI YG AKAN DITARIK KE NERAKA

Pertama : Ayahnya.

Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya di dunia, dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat mengaji dan sebagainya. dia membiarkan anak anak perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja, maka dia akan ditarik oleh anak-anak perempuannya..

Kedua : Suaminya.

Apabila seorang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya, bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram, apabila suami mendiamkan diri, walaupun Sang suami seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal), maka dia akan ditarik oleh isterinya.

Ketiga : Abang-abangnya.

Apabila ayahnya sudah tiada..tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh kepada abang-abangnya, jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM..tunggulah tarikan kakak atau adik perempuannya di akhirat.

Keempat : Anak Lelakinya.

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu, perihal kelakuan yang haram dari Islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan diakhirat kelak. nantikan tarikan ibunya.

Masya Allah..Nauzubillah min zalik…!!
Kepada kaum Lelaki..Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita..Bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat..Maka kaum lelaki yang bergelar ayah / suami / abang atau anak, harus memainkan peranan mereka yang sebenar

Kepada KAUM WANITA..
Hai wanita..
Kasihankan ayah anda..
Kasihankan suami anda..
Kasihankan abang-abang anda..
Kasihankan anak-anak lelaki anda..


Kasihanilah mereka..
Serta juga diri kamu sendiri..
Jalankan perintah ALLAH S.W.T dengan bersungguh-sungguh dan dengan penuh ikhlas..

Thursday, June 30, 2011

Tiada Cinta Yang Kekal Selain Allah dan Rasulullah

Assalamualaikum...Amacam tajuk kali ni?? bunyi cm best je kan....hehehe.. Ni sedikit huraian.. Harap bermanfaat dari hamba yang selalu melakukan dosa. Katakanlah, “Jika bapa-bapamu, anak-anakmu, saudara-saudaramu, isteri-isterimu, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuwatiri kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya dan (dari) berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya.” Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasik (TQS. at-Taubah [9] : 24).

Ibnu ‘Arafah berkata, “Cinta menurut istilah orang Arab adalah menghendaki sesuatu untuk meraihnya.” Al-Baidhawi mentafsirkan cinta sebagai keinginan untuk taat. Al-Zujaj menyatakan bahwa cinta manusia kepada allah dan Rasul-Nya adalah mentaati keduanya dan redha terhadap segala perintah Allah dan segala ajaran yang dibawa Rasulullah SAW.

Imam Ibnul Qayyim dalam bukunya, al-jawab al-kafi liman sa’ala ‘an ad-dawa’ As-Syafie menjelaskan, “Cinta itu merupakan sendi kehidupan hati dan makanan pokok jiwa. Hati tidak akan dapat merasakan kelazatan, kenikmatan, kebahagiaan, dan kehidupan tanpa cinta di dalamnya. Apabila hati telah kehilangan cinta, maka penderitaannya rasa lebih sakit daripada derita yang dialami oleh mata di kala ia kehilangan cahayanya, dan hidung di kala ia kehilangan penciumannya, serta lisan di kala kehilangan suaranya. Bahkan hati, ketika di dalamnya hampa akan cinta terhadap Sang Penciptanya, sakitnya akan lebih dahsyat dari rosaknya tubuh kerana sakit jiwa. Perkara ini sulit dipercaya kebenarannya, kecuali bagi orang yang hidup hatinya.”

Ingatlah selalu sabda Rasulullah SAW: “Seseorang itu akan dihimpunkan bersama dengan orang yang dicintainya.” Imam Nawawi telah meriwayatkan dalam Syarah Muslim tentang erti cinta kepada Rasulullah SAW dari Abu Salamah al-Khaththaby. Dalam Syarah itu dikatakan, ”…Engkau tidak dikatakan benar-benar mencintaiku hingga dirimu binasa dalam taat kepadaku, dan engkau lebih mementingkan redhaku daripada hawa nafsumu, meskipun engkau binasa kerananya.”


Bagaimana mungkin seseorang boleh mengakui bahawa dirinya mencintai Allah dan Rasul-Nya, padahal dia mengerjakan hal-hal yang tidak sesuai dengan perintah, tuntutan, dan petunjuk Allah dan Rasul-Nya?
Bagaimana seseorang mengaku mencintai Allah dan Rasul-Nya, sementara kehidupannya justeru diisi dengan aktiviti-aktiviti yang bertentangan dengan syariat Allah dan Rasul-Nya? Atau bahkan menentang dan mempertikaikannya?

Pengalaman aku sendiri yang mana merasa cinta manusia adalah keagungan, walaupun perkataan 2 tak keluar dari mulut, hanya melalui hati. Tapi apabila orang yang kita cintai pergi meninggalkan kita dengan sengaja, adakah tamat hayat kita disitu?tidak,..kita masih ada Allah dan kekasih sejati Rasulullah SAW. Ingat ni,..jodoh ajal maut semua ditangan Allah..."hasbunallahu wani'mal wakiil"..cukuplah Allah sebagai penolong bagiku....Wallahu A'lam

P/S : sudah tidak percaya kepada suatu jantina...

Friday, February 11, 2011

Mesir!!!! 1

Salam..lame gile x update... Skrg ni aku kat Malaysia.. Keadaan di Mesir agak huru-hara sebelum ni.. Kalau nak cite panjang gile.. Cite pasal nek kapal terbang tentera Charlie je pun 2 hari tak tentu lagi abis. 2 belum cite mase muzoharot (rusuhan) lagi. Jadi mumkin mengambil masa berbulan2 untuk cite ni. haha.. Tapi yang penting Alhamdulillah kami sume pelajar Malaysia selamat. Lagi satu kesyukuran yang besar HOSNI MUBARAK firaun moden yang kejam dah turun. AllahuAkhbar!!

Mase ari pertama rusuhan 2 terkejut gak. Aku mase 2 baru blik dari Fayyum (tempat yang mana terletaknya Tasik Qarun dan harta2nya) trus duk umah sewa member aku. Bangun2 pa
gi tengok internet dah xde, line hanset pun xde. Pelik gak. Kami pun tengok la TV. Rupenye keadaan kat Tahrir dh teruk. Ramai gila org berkumpul. Tempat kami kuar duit bak HSBC di pusat membeli-belah habeess. Hancur dikerjakan. 2 dah dekat gile dah dengan umah sewa kami. Kat belakang umah kami pulak dah asyek meletup2 je. Bunyi gas pemedih mata yang digunakan polis.

Sume pusat polis yang mana tempat kami untuk cop visa pelajar pun habis terbakar. Ramai budak2 yang tinggalkan passport untuk dicopkan visanya abes. Tamat riwayat passport mereka. Kereta2 polis hancur. Polis pulak dah lari ntah ke mana. Yang paling membahayakan, banduan dianggar seramai 5000 orang terlepas di sekitar Mesir sebab mereka ditempatkan kat balai polis. Bila polis sume lari diorg pun lari la skali. Disebabkan 2 orang awam terpaksa berjaga di sepanjang jalan setiap hari untuk keselamatan keluarga mereka. Ada yang pakai senapang, pistol, pedang samurai, besi dan kayu panjang, macam2 lagi la. Apa yang mereka boleh capai untuk pertahankan diri, mereka akan capai. Mereka ni akan check gile2 kereta2 yang lalu untuk pastikan tiada banduan yang terlepas 2. Dah macam cite B13 dah. Makanan pulak kebanyakannye arab dah borong. Diorg ni makan banyak. Jadi skali beli tuk stok seminggu memang banyak gile la. Kami je la makan ala kadar. Nak balik ke umah negeri tempat dak2 melayu, x brani lak. Sebab x tau keadaan camne sepanjang perjalanan. Internet & line hp xde nak tanye orang sana camne keadaan. Kami pun duk je la umah. De jugak dak2 ni pergi join kat Tahrir 2. Berani mereka ni. Ini sume untuk tegakkan kebenaran. Nanti aku smbung lagi ye. Letih la pulak.ok. Salam.
Nampak!! Lillahi Taala. Tetap tunaikan solat.Tak tau la berapa juta oarang masa ni... Sume tengah memohon pada Rabb-nya suma Mesir tak diperintah oleh orang yang zalim..
Ni yang paling tak boleh bla... Tengah solat boleh polis simbah air bomba. penakut!!!! Moga Allah memberkati mereka yang seang solat tu..Amin ya rabb.

p/s : Sami Yusuf wat lagu baru khas tuk Mesir. Sami Yusuf - I'm Your Hope. Hayatilah lagu ni..laa tahzan innallaha ma3ana...

Monday, September 27, 2010

Healing (by Sami Yusuf)

Membuka tumpukan email hari ini tidak meluputkan perhatianku akan sebuah email dari admin Sami Yusuf Official dot com :) Alhamdulillah, ada nasyid gratis lagi yang dibagikan kepada kita semua, Nasyid ini diambil dari album terbaru Sami Yusuf, Wherever You Are, yang belum diluncurkan secara rasmi. Nasyid ini berjudul Healing. Sangat menyentuh perasaan yang dihadirkan lewat video mahupun liriknya: Heal and you will be healed, Give and you will receive.

Lirik:

It’s so hard to explain, What I’m feeling, But I guess it’s ok
Cause I’ll keep believing, There’s something deep inside
Something that’s calling
It’s calling you and I, It’s taking us up high to

(**)
Healing, a simple act of kindness brings such meaning
A smile can change a life let’s start believing
And feeling, let’s start healing

Heal and you will be healed, Break every border
Give and you will receive, It’s Nature’s order
There is a hidden force, Pulling us closer
It’s pulling you and I, It’s pulling us up high to
(**)

Hearts in the hand of another heart and in God’s hand are all hearts
An eye takes care of another eye and from God’s eye nothing hides
Seek only to give and you’ll receive
So, heal and you will be healed


Lirik nasyid tersebut ditulis oleh Sami Yusuf bersama Dr. Walid Fitaihi (CEO International Medical Center-IMC). Sementara pembuatan video klipnya dilakukan di kota Jeddah selama 9 hari yang merupakan produksi terbesar untuk sebuah lagu di Arab Saudi.

Jika kita menyimak video klipnya dengan seksama, kita akan melihat dengan jelas pesan di sana: Jika kita berbuat baik kepada sesama manusia dengan tulus ikhlas, maka kebaikan akan datang melimpah ruah kepada kita. Ada 5 cerita yang dihadirkan dalam video klip tersebut yang memperlihatkan sesama manusia saling berbalas berbuat kebaikan dan tolong menolong.

Bayangkan, betapa indahnya jika semua manusia menyedari bahwa perbuatan baik yang dia lakukan akan membawa kebaikan untuk dirinya. Tak ada curang mencurangi, tak ada tipu menipu, dan tak ada pilih kasih!

Dalam Islam, kita mengenal sedekah/sadaqah. Prinsip sedekah inilah yang dihadirkan dalam nasyid Healing-nya Sami Yusuf tersebut di atas. Sedekah tidak hanya mencakup pengertian kita memberikan sebagian harta milik kita kepada pihak lain. Bersedekah bisa berupa kegiatan-kegiatan bermanfaat yang dilakukan seseorang bagi orang lainnya. Bahkan tindakan seseorang menahan diri dari melakukan sebuah kejahatan dikategorikan oleh Nabi Muhammad shollallahu ’alaih wa sallam sebagai sebuah kegiatan bersedekah.

Rasulullah shollallahu ’alaih wa sallam bersabda: “Setiap muslim harus bersedekah.” Mereka bertanya: “Jika ia tidak punya?” Nabi shollallahu ’alaih wa sallam menjawab: ”Dia bekerja dengan kedua tangannya, maka ia memberikan manfaat untuk dirinya sendiri lalu bersedekah.” Mereka bertanya lagi: ”Jika ia tidak mampu atau tidak melakukannya?” Beliau menjawab: ”Ia menolong orang yang kesulitan.” Mereka bertanya lagi: ”Jika ia tetap tidak melakukannya?” Beliau menjawab: ”Hendaklah ia memerintahkan berbuat al-khair atau al-ma’ruf (kebaikan).” Mereka bertanya lagi: ”Jika ia tetap tidak melakukannya?” Beliau menjawab: ”Hendaklah ia menahan diri dari perbuatan jahat, hal itu sudah merupakan sedekah.” (HR Bukhary)

Rasulullah shollallahu ’alaih wa sallam bersabda: “Setiap persendian manusia harus bersedekah pada setiap hari dimana matahari terbit. Berlaku adil di antara dua orang merupakan sedekah, dan membantu seseorang mengangkat bagasi ke atas kendaraannya atau mengangkatkan barangnya merupakan sedekah, dan ucapan yang baik merupakan sedekah, dan setiap langkah yang diayunkannya menuju sholat (berjamaah) merupakan sedekah serta menyingkirkan apa-apa yang mengganggu dari jalanan merupakan sedekah.” (HR Bukhary)

Rasulullah shollallahu ’alaih wa sallam bersabda:”Setiap perbuatan ma’ruf (kebaikan) adalah sedekah dan di antara perbuatan ma’ruf adalah engkau menemui saudaramu sekedar dengan wajah berseri-seri dan engkau menuangkan (air) dari timbamu ke dalam bejana saudaramu.” (HR Tirmidzi)

Ya, senyum kepada sesama manusia pun sudah merupakan sedekah.. :) Sudahkah anda tersenyum hari ini? Kalau sudah,lakukan sedekah lainnya juga.

DOWNLOAD HEALING (SAMI YUSUF) MP3

(Copy Dari Blog Orang,..hehehe)