Monday, July 18, 2011



Aku Ini Siapa?

merentas safar kehidupan...
satu perjalanan..
dari hari dilahirkan..
sehingga waktu bertemu Tuhan..
menuruni luruh dalam lagi kejam..
melalui sungai permai lagi damai..
bertamu di desa lemah lagi lesu..
bertandang di ladang lapang dan senang..
singgah di daerah susah dan payah..
ziarah di tanah yang mewah dan indah..
disapa manusia celaka lagi neraka..
berjumpa insan mulia dan syurga..
terserempak si bongkak penuh lagak..
mengenali si jiwa murni penuh budi
bertegur si jujur yang luhur..
ditarik si munafik yang berbolak balik..

telah ku rasa derita airmata..
telah ku gembira senyum tawa..
namun,
tiada bekalan yang lebih cekal..
melainkan hidup di bawah lembayung tawakkal..
tiada pedoman melawan sukar dan gusar..
melainkan keinsafan dan istighfar..
tiada senjata menghambat pancaroba
melainkan munajat dan doa

akanku terus kembara di sahara maya
menuju ke saat penamat sebuah riwayat..
kunci suci ialah bertanya sendiri:
engkau siapa wahai diri?
hamba Tuhan atau abdi kehidupan?


Jikalah al-Imam Ahmad yang mulia menyebut kepada orang yang memujinya "jika engkau tahu dosa dan kesalahan yang ada padaku, nescaya engkau menabur pasir atas kepalaku" .... Saya yang dhoif ini ratusan juta kali lebih layak untuk menyebutnya..

Saturday, July 2, 2011



Munajatku padaMu Tuhan
Ampuni dosa kumasa silam
Sempurnakanlah kehidupanku
Murahkan rezeki dengan nikmat-Mu

Jadikanku hamba bertaqwa
Tiang iman untuk agama

Munajatku padaMu Tuhan
Ampuni dosa sekalian insan
Sempurnakanlah hidup kami
Murahkan rezeki dengan nikmat-Mu

Jadikan kami hamba bertaqwa
Tiang iman untuk agama

Laaillahaillallah
Jauhkan aku dari siksaan
Api neraka yang panas
Membakar manusia ingkar di dunia

Muhammadurrasulullah
Terimalah ku jadi umatmu
Ku pohon syafaat darimu
Beratkan neraca pahala kunanti

Aku aniaya...
Diri sendiri selamanya
Ku tak tertanggung...
Duka dan dosa silamku



P\S - Antara lagu nasyid yang berjaya menusuk ke kalbuku... Betul2 insaf...Astaghfirullahal A3zim..


::AYAH TETAP TANGGUNG DOSA WALAU DAH TIADA::

Lelaki
- Sebelum berumah tangga fikirkan terlebih dahulu yang perkahwinan bukan semata2 bagi nafkah kepada anak isteri sahaja tetapi ilmu agama perlu dicurahkan bersama..jika seorang suami gagal mendidik sang isteri dengan baik. sedarlah bahawa saham dosa turut mengalir kepada mereka..nasihati lah si isteri dan anak2 untuk menutup aurat dan menjauhi perkara mungkar. Salah tarbiah daripada anda boleh membawa dirimu ke pintu neraka.

Perempuan
- Sedarilah wahai wanita bahawa bila anda sudah berumahtangga, dosa anda ditanggung oleh si suami. Jika anda masih dibawah jagaan ibu bapa, sang ayah yang akan menggalas bebanan dosa anda..jadi, cubalah jadi anak dan isteri yang baik..jangan bebani mereka dgn dosa2 kita..jika si ayah atau suami suruh menutup aurat, maka tutuplah, jangan melawan.

✿ ✿ ✿✿ ✿ ✿✿ ✿ ✿✿ ✿ ✿✿ ✿ ✿✿ ✿ ✿✿ ✿ ✿✿ ✿ ✿ ✿✿ ✿ ✿✿ ✿ ✿

4 GOLONGAN LELAKI YG AKAN DITARIK KE NERAKA

Pertama : Ayahnya.

Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya di dunia, dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat mengaji dan sebagainya. dia membiarkan anak anak perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja, maka dia akan ditarik oleh anak-anak perempuannya..

Kedua : Suaminya.

Apabila seorang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya, bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram, apabila suami mendiamkan diri, walaupun Sang suami seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal), maka dia akan ditarik oleh isterinya.

Ketiga : Abang-abangnya.

Apabila ayahnya sudah tiada..tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh kepada abang-abangnya, jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM..tunggulah tarikan kakak atau adik perempuannya di akhirat.

Keempat : Anak Lelakinya.

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu, perihal kelakuan yang haram dari Islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan diakhirat kelak. nantikan tarikan ibunya.

Masya Allah..Nauzubillah min zalik…!!
Kepada kaum Lelaki..Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita..Bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat..Maka kaum lelaki yang bergelar ayah / suami / abang atau anak, harus memainkan peranan mereka yang sebenar

Kepada KAUM WANITA..
Hai wanita..
Kasihankan ayah anda..
Kasihankan suami anda..
Kasihankan abang-abang anda..
Kasihankan anak-anak lelaki anda..


Kasihanilah mereka..
Serta juga diri kamu sendiri..
Jalankan perintah ALLAH S.W.T dengan bersungguh-sungguh dan dengan penuh ikhlas..