Sunday, May 10, 2009

Di Madinah ^ Part 2

Sambungan mase kat Raudhah, dalam Masjid Nabawi, Madinah. Mase aku tgh solat, memang ramai yang lalu depan aku. Bukannye diorang sengaje, tapi keadaan memakse. Time aku sujud pun ade gak yang melangkah kepale aku. Yelaa, nak wat camne. Klo aku pun akan buat perkare yang same kot xde tempat nak lalu. Bayangkan la betape ramainye mase tu orang kat Raudhah. Lepas je aku abes solat 4 rakaat 2 salam, aku berdoa untuk kesejahteraan famili aku, kesihatan mak abah aku, kejayaan member2 aku kat sekolah (tapi ramai yo daur maso tu.. Tak maqbul agak eh, hehe), aku doakan brother2 aku yang kongsi2 duit untuk support aku pergi wat umrah ni. Yelaa, kot brother2 aku tak kongsi duit untuk support aku, takkan dapat aku jejakkan kaki aku kat tempat suci tu. Bile aku habes je doa & bangun, mamat Endon tu ambek balik tempat die tu. Terus je die sambung berzikir balik. Tapi sempat gak aku ucap time kasih kat die, tersenyum je die. Aku pun terus menuju ke makam Rasulullah (s.a.w.) dengan abah & abang aku. Time tu memang nervous gile2. Tapi aku wat2 bese je. Bile aku nampak je makam Rasulullah (s.a.w.), terus menitik air mata aku, macam aku 'nampak' Rasulullah (s.a.w.) je mase tu. Dah la aku jarang amalan sunnahnye, liat je nk buat, contoh pakai serban. Hm, aku ingatkan satu je makam kat dalam masjid Nabawi tu, rupenye ade 3 makam, iaitu Makam Rasulullah (s.a.w), makam Khalifah Pertama – Saidina Abu Bakar al-Siddiq, dan Khalifah Kedua – Saidina Umar al-Khattab. Ni aku sertakan gambar skali.
Kat depan makam tu, ramai gile orang bagi salam kat Rasulullah (s.a.w.), "Assalamualaika Ya Rasulullah (s.a.w.)!!". Tapi penjage makam tu die tak bagi orang diri lelame kat depan makam tu. Sekadar bagi salam, cukup. Klo ade yang berdoa mengadap makam nanti die halau, "Ya Hajj! Ya Hajj!!, Qiblah2!!", sebab makam Rasulullah (s.a.w.) bertentangan dengan qiblat. Aku pun bengang gak dengan penjage makam tu. Disebabkan keadaan tu, terpakse la aku berdoa jauh sikit daripada makam. Ade 3 ke 4 kali aku bagi salam untuk Rasulullah (s.a.w.). Wakil untuk abang2 & member2 aku. Tapi aku tak puas ati lagi sebab sekejap sangat duduk depan makam tu. Dengan selambenye aku pergi kat depan makam tu. Berdiri kat situ lelame, sambil memberi salam & berselawat. Polis & penjage makam tu marah aku, tapi aku wat tak reti je. Ade dalam 15 minit kot aku kat depan makam tu. Aku nampak muke polis & penjage makam 2 agak merah sambil menghadap aku. Ish, bahaye ni!!. Kang kot kene tangkap sia2 je. Dah la Makkah aku belum lawat lagi. Aku abeskan selawat aku cepat2 & aku terus meninggalkan makam Rasulullah (s.a.w.) dengan hati yang penuh hiba. Aku cari abah & abang aku. Rupenye diorang dah ade kat pintu masuk tadi, tengah tunggu aku nak balik ke hotel. Aku cerita la kat abah aku yang aku dapat duduk depan makam dalam 15 minit. Abah aku cakap kat abang aku, "Adek ko ni badan macam orang Arab, tu agak eh polis tu tak berani nak halau tu...", sambil tergelak. Kitorang pun balik dengan keadaan riang gembira sebab dapat mencapai hajat masing2. Ni gambar aku & famili depan Masjid Nabawi, lepas waktu Isyak kot tak silap.Dekat sane, waktu solat awal. Klo Subuh kat sane, lebih kurang pukul 4.30 pagi dah azan. Kat Madinah memang seronok buat ibadat. 'Zuuuppp' nye laen macam r. Semangat tu datang secara tibe2. Kot kat Malaysia payah gile nak pergi masjid. Tapi kat sane boleh katekan full waktu solat kat masjid (record baru aku tu). Sebenarnye, aku ade pengalaman yang agak perit kat Madinah. Nak tau?? Kene tunggu r, hehehe..... Bersambung,....

Artist??? Tidaaaaakk!!!! ^ Part 1

Hmm, ape artist? Orang akan panggil seseorang tu artist klo die dah ade album rakaman. Klo artist nasyeed, maksudnye die rakam lagu nasyeed la kan, takkan lagu indi band lak kan. Hm, sekarang ni aku nak cite pengalaman aku rakam album nasyeed. Start rakam album klo x silap hujung tahun 2007. Time orang cuti sekolah. Berkampung la aku kat Shah Alam 2 minggu. Bayangkan rakam satu album dalam mase 2 minggu?? Hijjaz pun xleh camtu beb!! Dengan xde pengalaman dalam studio, suare pn xde seni lagi,.serba kekurangan. Nasib baik sempat gak abeskan 8 buah lagu 2.
Tapi mase kat studio aku banyak blaja teknik2 vocal. Sebab bro yang jadi producer aku 2 anak murid pada Hazami. Banyak gak r yang aku blaja pasal vocal dengan die. Walau ape2 pun, niat xleh lari. Niat kite kene berdakwah, bukan nak tunjuk hebat. aku kagum dengan kawan2 aku. Yelaa, sanggup bagi komitmen untuk recording walaupun waktu cuti. Padahal member2 len sume tengah syok bercuti. Alhamdulillah, dah setahun dah pun album 2 de kat pasaran. walaupun x meletup mane macam artist nasyeed len, tapi kitorang bangge dengan pe yang kitorang dah wat. Sekurang2nye ade care kitorang sendiri untuk berdakwah. Laku x laku, 2 point no 2. Dan dengar cite ust aku yang kat Malaysia, U Amir, die cakap dah merancang nak wat album ke dua. Mungkin tahun depan start recording. Lagu pun lagu2 Nada Murni yang diberi nafas baru. X sempat aku nk join sebab aku kat perantauan. walau pape pun, gudluck r kepada kawan2 yang akan meneruskan perjuangan. Moga tercapai segale yang diimpikan!!

Thursday, May 7, 2009

Di Madinah ^ Part 1

Masuk ni, kali kedue dah aku naek airplane. Kali pertame aku naek airplane mase pergi Kelantan. Tu pun MAINS support pergi belajar tarannum dengan tok guru kat sane. Hmm, kali kedue aku naek airplane ni mase pergi buat umrah tahun lepas dengan family aku. Bapak maen letih naek airplane!! Yelaa, 8 jam duduk kat dalam tu, mane tak kematu buntut aku. Tapi aku sabarkan hati. Orang cakap klo ikut hati, mati. Ish, aku tak nak mati dulu. Amal tak cukup lagi ni. Hm, bile dah nak sampai Jeddah, hati aku berdebar2. Yelaa, first time sampai tempat suci ni. Dapat pulak aku dengar cite yang bukan2 dari orang yg pernah sampai sini. Tak nampak Kaabah la, tak jumpe hotel la, macam2. Tu yang buat aku takut tu. Bile mendarat je airplane tu, sume orang turun naek bas untuk pergi balai ketibaan. Terasa bahang kepanasan kat Makkah. 45'c. Kat Malaysia paling panas pun 37'c. Sebelum turun airplane tu, aku sempat speaking Arab kat pramugari Arabic Airlines tu. Sempat lagi mengusya.. Ish3. Famili aku ambek travel Andalusia. Jadi kitorang duduk kat Madinah dulu, pastu baru duduk Makkah. Masa on the way pergi Madinah, mutawwif ( Tour Guide ) aku, Rif'ad pelajar Indon yang belajar kat Makkah pun memperkenalkan destinasi2 di Madinah. Ni ha, gambar famili aku dengan mutawwif, Rif'ad mase buat umrah. Aku mase dalam bas yang menuju ke Madinah, asyek berzikir & berselawat je (ceh, macam bagus kan!! hehe ). Tak sabar2 aku nak pergi Masjid Nabawi, sebab makam manusia paling mulia dalam dunia ni ade kat dalam masjid tu Sebelum ni tengok dalam gambar je. Ni aku bakal tengok 'live'!! Bile mutawwif aku, Rif'ad cakap yg dah nak sampai Masjid Nabawi, hati aku menggelegak. Tapi mase tu dh dekat kul 2 pagi. Jadi rancangan untuk melawat Masjid Nabawi ditunda pada ari esoknye oleh mutawwif aku. Oleh tu, Sume orang check in dan terus rehat di dalam bilik masing2. Tapi disebabkan ketidaksabaran aku untuk 'berjumpe' dengan Rasululah ( s.a.w. ), aku dengan abah dan abang aku terus menuju ke Masjid Nabawi pada pukul 3 pagi. Nak cari pintu masuk pun susah. Berkeliaran aku dengan abah dan abang mencari pintu masuk. Pintu Masjid Nabawi ni selepas pukul 12 akan ditutup. Cume satu pintu je yang dibuka iaitu pintu depan skali. Akhirnya aku dengan abah dan abang jumpe gak pintu masuk kat depan sane. Nasib baek dalam masjid sejuk. Fully Air-cond la katakan. MasyaAllah, ramainye orang dalam masjid!!! Dah pukul 3 pagi pun ramai gak orang!!! Terkejut beruk aku. Klo kat Malaysia, pukul 3 pagi tinggal 'pakguard' je kot kat Masjid Negeri tu. Aku terus menuju ke tempat yang abah aku selalu cakap kat aku dulu, iaitu Raudhah. Huh, sungguh ramai manusia di tempat tu. Nak solat sunat kat situ pun tak boleh, berdiri pun nasib2 je. Tapi rezeki aku untuk solat kat Raudhah ade. Tetibe ade orang Endon bangun. Die suruh aku solat kat tempat die duduk tadi. Die pulak berdiri ganti aku sambil mulut die tak berhenti2 berzikir. Ya Allah, bersyukur sangat aku mase tu. Aku pun solat tahajjud 2 rakaat dengan penuh khusyuk. Mengalir air mata mase 2. Selame ni jarang2 aku menangis mase solat. Yang selalunye ngantok je mase solat. Mase tu aku terase tenang sangat. Macam berada kat awangan. Betul la firman Allah di dalam Al-Quran, ketahuilah hati akan menjadi tenang dengan mengingati Allah ( berzikir ). Baru la aku betul2 paham maksud ayat tu. Sebelum ni hafal bute je. Bersambung....

Notakaki Wajib!! : Selalu2 la berzikir, selepas tiap2 solat 5 waktu ambek mase 10 min je klo malas sangat. Lu pikir la sendiri klo nak masuk syurga. Assamekom!!

Aku Ada Sekolah ^ Part 1

Hmm, sume orang mesti ade sekolah.. Sape yang cakap xde sekolah tu, aku rase die mungkin orang utan kot. Tak pun orang yg abes sekolah terus jadi artis, tu sebab ramai artis 'kureng cerdik' ( bahasa bertapis, takut kene 'sue' ). Tapi diorang mesti sekolah gak. Paling koman takat SPM. Tandanye memang xde orang yang tak sekolah kat dunia ni. Ok, kite mulakan dengan sekolah rendah aku. Aku dulu sekolah kat Sek. Keb. Senawang. Alaa, kat Senawang, tempat Mat Rempit melepak tu. Haaa, tau pun!!!! Aku belajar kat situ dari darjah 1 sampai darjah 6, tahun 1995 - 2000. Ni ha, aku sertakan sekali gambar aku masa kecik. Nak cakap banyak kenangan tu, hmm, ntah la. Banyak dah lupe la. Tak ingat sangat. Tapi yang betul2 aku ingat ialah aku dapat 4A 1B dalam UPSR. Yang 'B' nye B.I. Aku target B.I dapat 'E'. Bangge gile mase 2!! Cikgu2 ternganga tengok result aku. Sebab aku ni dah la jenis malas belajar. Rezeki!! Rezeki 2 Allah yang bagi. Kalau kite belajar rajin2 pun, Allah x nak bagi kite score, same 'fail' gak,.. Aku rase aku dapat 4A tu sebab Allah nak aku jadi 'Penjaga Kalam-Nya'. Sebab lps UPSR, aku mohon Maahad Ahmadi, Gemencheh ( Tahfiz & I'dadi ), Alhamdulillah aku dapat kedua2nye. Tapi abah aku beriye2 suruh ambek Tahfiz. Jadi aku pun ikut je la ckp abah aku tu. Sebab orang tue2 kate, klo kite dengar ckp mak abah, dapat pahale. So, bermulalah hidup aku sebagai Penghafaz Al-Quran pada tahun 2001 di Maahad Ahmadi, Gemencheh dengan member2 yang agak masuk air, hahaha. Bersambung,.....

Notakaki : Ingatilah sekolah anda!! Assamekom!! ( stail Nabil )