Thursday, May 7, 2009

Di Madinah ^ Part 1

Masuk ni, kali kedue dah aku naek airplane. Kali pertame aku naek airplane mase pergi Kelantan. Tu pun MAINS support pergi belajar tarannum dengan tok guru kat sane. Hmm, kali kedue aku naek airplane ni mase pergi buat umrah tahun lepas dengan family aku. Bapak maen letih naek airplane!! Yelaa, 8 jam duduk kat dalam tu, mane tak kematu buntut aku. Tapi aku sabarkan hati. Orang cakap klo ikut hati, mati. Ish, aku tak nak mati dulu. Amal tak cukup lagi ni. Hm, bile dah nak sampai Jeddah, hati aku berdebar2. Yelaa, first time sampai tempat suci ni. Dapat pulak aku dengar cite yang bukan2 dari orang yg pernah sampai sini. Tak nampak Kaabah la, tak jumpe hotel la, macam2. Tu yang buat aku takut tu. Bile mendarat je airplane tu, sume orang turun naek bas untuk pergi balai ketibaan. Terasa bahang kepanasan kat Makkah. 45'c. Kat Malaysia paling panas pun 37'c. Sebelum turun airplane tu, aku sempat speaking Arab kat pramugari Arabic Airlines tu. Sempat lagi mengusya.. Ish3. Famili aku ambek travel Andalusia. Jadi kitorang duduk kat Madinah dulu, pastu baru duduk Makkah. Masa on the way pergi Madinah, mutawwif ( Tour Guide ) aku, Rif'ad pelajar Indon yang belajar kat Makkah pun memperkenalkan destinasi2 di Madinah. Ni ha, gambar famili aku dengan mutawwif, Rif'ad mase buat umrah. Aku mase dalam bas yang menuju ke Madinah, asyek berzikir & berselawat je (ceh, macam bagus kan!! hehe ). Tak sabar2 aku nak pergi Masjid Nabawi, sebab makam manusia paling mulia dalam dunia ni ade kat dalam masjid tu Sebelum ni tengok dalam gambar je. Ni aku bakal tengok 'live'!! Bile mutawwif aku, Rif'ad cakap yg dah nak sampai Masjid Nabawi, hati aku menggelegak. Tapi mase tu dh dekat kul 2 pagi. Jadi rancangan untuk melawat Masjid Nabawi ditunda pada ari esoknye oleh mutawwif aku. Oleh tu, Sume orang check in dan terus rehat di dalam bilik masing2. Tapi disebabkan ketidaksabaran aku untuk 'berjumpe' dengan Rasululah ( s.a.w. ), aku dengan abah dan abang aku terus menuju ke Masjid Nabawi pada pukul 3 pagi. Nak cari pintu masuk pun susah. Berkeliaran aku dengan abah dan abang mencari pintu masuk. Pintu Masjid Nabawi ni selepas pukul 12 akan ditutup. Cume satu pintu je yang dibuka iaitu pintu depan skali. Akhirnya aku dengan abah dan abang jumpe gak pintu masuk kat depan sane. Nasib baek dalam masjid sejuk. Fully Air-cond la katakan. MasyaAllah, ramainye orang dalam masjid!!! Dah pukul 3 pagi pun ramai gak orang!!! Terkejut beruk aku. Klo kat Malaysia, pukul 3 pagi tinggal 'pakguard' je kot kat Masjid Negeri tu. Aku terus menuju ke tempat yang abah aku selalu cakap kat aku dulu, iaitu Raudhah. Huh, sungguh ramai manusia di tempat tu. Nak solat sunat kat situ pun tak boleh, berdiri pun nasib2 je. Tapi rezeki aku untuk solat kat Raudhah ade. Tetibe ade orang Endon bangun. Die suruh aku solat kat tempat die duduk tadi. Die pulak berdiri ganti aku sambil mulut die tak berhenti2 berzikir. Ya Allah, bersyukur sangat aku mase tu. Aku pun solat tahajjud 2 rakaat dengan penuh khusyuk. Mengalir air mata mase 2. Selame ni jarang2 aku menangis mase solat. Yang selalunye ngantok je mase solat. Mase tu aku terase tenang sangat. Macam berada kat awangan. Betul la firman Allah di dalam Al-Quran, ketahuilah hati akan menjadi tenang dengan mengingati Allah ( berzikir ). Baru la aku betul2 paham maksud ayat tu. Sebelum ni hafal bute je. Bersambung....

Notakaki Wajib!! : Selalu2 la berzikir, selepas tiap2 solat 5 waktu ambek mase 10 min je klo malas sangat. Lu pikir la sendiri klo nak masuk syurga. Assamekom!!

No comments:

Post a Comment