Sunday, May 10, 2009

Di Madinah ^ Part 2

Sambungan mase kat Raudhah, dalam Masjid Nabawi, Madinah. Mase aku tgh solat, memang ramai yang lalu depan aku. Bukannye diorang sengaje, tapi keadaan memakse. Time aku sujud pun ade gak yang melangkah kepale aku. Yelaa, nak wat camne. Klo aku pun akan buat perkare yang same kot xde tempat nak lalu. Bayangkan la betape ramainye mase tu orang kat Raudhah. Lepas je aku abes solat 4 rakaat 2 salam, aku berdoa untuk kesejahteraan famili aku, kesihatan mak abah aku, kejayaan member2 aku kat sekolah (tapi ramai yo daur maso tu.. Tak maqbul agak eh, hehe), aku doakan brother2 aku yang kongsi2 duit untuk support aku pergi wat umrah ni. Yelaa, kot brother2 aku tak kongsi duit untuk support aku, takkan dapat aku jejakkan kaki aku kat tempat suci tu. Bile aku habes je doa & bangun, mamat Endon tu ambek balik tempat die tu. Terus je die sambung berzikir balik. Tapi sempat gak aku ucap time kasih kat die, tersenyum je die. Aku pun terus menuju ke makam Rasulullah (s.a.w.) dengan abah & abang aku. Time tu memang nervous gile2. Tapi aku wat2 bese je. Bile aku nampak je makam Rasulullah (s.a.w.), terus menitik air mata aku, macam aku 'nampak' Rasulullah (s.a.w.) je mase tu. Dah la aku jarang amalan sunnahnye, liat je nk buat, contoh pakai serban. Hm, aku ingatkan satu je makam kat dalam masjid Nabawi tu, rupenye ade 3 makam, iaitu Makam Rasulullah (s.a.w), makam Khalifah Pertama – Saidina Abu Bakar al-Siddiq, dan Khalifah Kedua – Saidina Umar al-Khattab. Ni aku sertakan gambar skali.
Kat depan makam tu, ramai gile orang bagi salam kat Rasulullah (s.a.w.), "Assalamualaika Ya Rasulullah (s.a.w.)!!". Tapi penjage makam tu die tak bagi orang diri lelame kat depan makam tu. Sekadar bagi salam, cukup. Klo ade yang berdoa mengadap makam nanti die halau, "Ya Hajj! Ya Hajj!!, Qiblah2!!", sebab makam Rasulullah (s.a.w.) bertentangan dengan qiblat. Aku pun bengang gak dengan penjage makam tu. Disebabkan keadaan tu, terpakse la aku berdoa jauh sikit daripada makam. Ade 3 ke 4 kali aku bagi salam untuk Rasulullah (s.a.w.). Wakil untuk abang2 & member2 aku. Tapi aku tak puas ati lagi sebab sekejap sangat duduk depan makam tu. Dengan selambenye aku pergi kat depan makam tu. Berdiri kat situ lelame, sambil memberi salam & berselawat. Polis & penjage makam tu marah aku, tapi aku wat tak reti je. Ade dalam 15 minit kot aku kat depan makam tu. Aku nampak muke polis & penjage makam 2 agak merah sambil menghadap aku. Ish, bahaye ni!!. Kang kot kene tangkap sia2 je. Dah la Makkah aku belum lawat lagi. Aku abeskan selawat aku cepat2 & aku terus meninggalkan makam Rasulullah (s.a.w.) dengan hati yang penuh hiba. Aku cari abah & abang aku. Rupenye diorang dah ade kat pintu masuk tadi, tengah tunggu aku nak balik ke hotel. Aku cerita la kat abah aku yang aku dapat duduk depan makam dalam 15 minit. Abah aku cakap kat abang aku, "Adek ko ni badan macam orang Arab, tu agak eh polis tu tak berani nak halau tu...", sambil tergelak. Kitorang pun balik dengan keadaan riang gembira sebab dapat mencapai hajat masing2. Ni gambar aku & famili depan Masjid Nabawi, lepas waktu Isyak kot tak silap.Dekat sane, waktu solat awal. Klo Subuh kat sane, lebih kurang pukul 4.30 pagi dah azan. Kat Madinah memang seronok buat ibadat. 'Zuuuppp' nye laen macam r. Semangat tu datang secara tibe2. Kot kat Malaysia payah gile nak pergi masjid. Tapi kat sane boleh katekan full waktu solat kat masjid (record baru aku tu). Sebenarnye, aku ade pengalaman yang agak perit kat Madinah. Nak tau?? Kene tunggu r, hehehe..... Bersambung,....

3 comments:

  1. hmm..bestnye dapat pi tanah suci..harap2 murah rezeki, dapat gak nanti pegi sana

    ReplyDelete
  2. Salam.Bila nak sambung cerita?ramai nak baca nie..huhu

    ReplyDelete
  3. hehehe...2 laa 2...hm,mase xde skrg ni..sibuk mengulang quran....nnt2 bile free sy smbg kembali..ok

    ReplyDelete