Monday, May 10, 2010

Ya Rasulullah,..!! Ana Bahibbak!(Aku Rindukanmu Ya Rasulullah)


Berkata Abu Salamah, “Telah berkata Abu Qatadah, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud, sesiapa yang telah melihat daku dalam mimpinya, maka sesungguhnya dia telah melihat yang benar (al-Haqq).Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim.

Muhasabah: Mimpi pelajar UIA berjumpa Nabi Muhammad S.A.W

Luangkan masa kalian untuk membaca.. ambil peringatan dari Baginda Nabi sempena keputeraannya tahun ini.. tunjukkan kecintaan pada Rasulullah s.a.w…

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. ..

Ya Allah..lancar jari ini menaipkan sebuah pengalaman yg amat berharga dr seorang insan yg dipilih Allah utk berjumpa Nabi Muhammad s.a.w. melalui mimpi hari Khamis, 16 Rejab 1427H bersamaan 10 0gos 2006.

Nama yg dipilih oleh ayah beliau adalah Syamimi yg bermaksud ‘kesayanganku’ , jua gelaran Nabi pada puteri kesayangan Baginda, Fatimah. Ketika khilaf memilih nama itu, ayah beliau mengharapkan mudah2an suatu hari nanti anaknya akan menjadi salah seorang mutiara kesayangan Rasulullah s.a.w. Alhamdulillah, doanya makbul selepas 23 tahun kelahiran anak sulungnya daripada 8 adik-beradik.

Al-Quran 30 juzuk terpelihara kemas dalam hatinya. Beliau menghabiskan masa 3 tahun utk menghafal 30 juzuk Kalamullah ketika berada di negeri kelahirannya. Beliau hafal sendiri utk memenuhi harapan ibu ayah yang mengharapkan ada dalam kalangan anak mereka menjadi seorang hafiz atau hafizah. Sebagai anak sulung, beliau mengambil tanggungjawab ini utk menjadi contoh kpd adik2 yg lain. Setiap hari beliau hafal 2 mukasurat Al-Quran dan tasmi’ dgn ustaz di sebelah rumahnya. Sekarang beliau pelajar tahun 4 jurusan Undang-Undang Syariah
di universiti ini.

Akak ni memang diuji dengan sakit yg tak tahu apa punca sejak lebih setahun yg lalu. Sakitnya rasa seperti ditikam-tikam dengan pisau di bahagian belakang tubuhnya, tambahan pula kaki yang sakit di bahagian lutut sejak 8 tahun lalu tidak pernah sembuh. Pernah satu ketika, selepas makan, beliau muntah bersama segumpal rambut dari kerongkongnya.

Penderitaannya hanya Allah dan dia sendiri yang tahu. Sudah lama beliau tidak terdaya ke kelas kerana sakit itu membuatkan dia tidak dapat berdiri atau berjalan. Hilang selera makannya hingga badannya susut hampir 13 kg. Beliau hanya menggagahkan diri untuk pergi berwudhu’ 2 hingga 3 kali sehari. Wudhu’ itu dijaga sebaik mungkin untuk ibadah
sepanjang hari.

Hari2 yang dilaluinya dipenuhi dgn membaca Al-Quran dan qiamullail sebagai pendinding daripada gangguan yg terus2an menyakiti diri. Diceritakan makhluk2 halus itu akan mengganggunya terutama pada waktu sebelum Subuh, Zuhur dan Maghrib. Beliau telah banyak berubat di merata tempat, berjumpa doktor2 pakar, malah ulama’ yg faqih dalam ilmu
perubatan islam serta akhir sekali bertemu sorang lecturer di sini. Tapi beliau hanya mampu bertahan. Pesan ustaznya, setiap kali beliau sakit, banyakkan baca Surah Al-Baqarah.

Pagi Khamis itu, beliau berniat utk hadir kuliyah sebab sudah terlalu lama tidak mampu ke kelas. Beliau bangun kira2 jam 4.30 pagi utk solat. Berbekalkan sedikit kekuatan yg digagahkan, beliau ke bilik air utk berwudhu’ dgn memapah dinding dan segala apa yg mampu membantu beliau untuk berdiri. Habis berwudhu’, beliau jatuh tersungkur, rasa seperti ada yg menolak keras dari belakang. Tika itu beliau sudah tidak mampu berdiri, justeru beliau merangkak ke bilik. Sampai saja di bilik,beliau ketuk pintu dan rebah di depan bilik tersebut. Disebabkan sakit
yg mungkin dah tak tertanggung, dengan spontan beliau niatkan, “Ya Allah, kiranya mati itu baik untukku, aku redha, tapi kiranya Engkau ingin aku terus hidup, aku ingin dengar kata-kata semangat drpd Rasulullah s.a.w. sendiri..”

Kemudian beliau pengsan. Sahabat2 sebilik mengangkat beliau ke dalam biliknya dan di baringkan di sana . Waktu itu, sahabat2nya telah pun ‘forward message’ pd rakan2 yg lain agar dibacakan surah Yasin kerana beliau nampak sudah nazak. Malah mereka telah sedia dgn nombor2 ahli keluarganya utk dihubungi kiranya ada apa2 berlaku dengan izin
Allah. Kira2 jam 11 pagi itulah, ketika tertidur dgn tenang dalam waktu qoilullah, beliau bermimpi. Beliau sedang terbaring dalam keadaan memakai telekung dgn tangannya diqiam seperti dalam solat di suatu tempat asing yang sangat cantik. Beliau terbaring di sebelah mimbar dan kelihatan banyak tiang di sekitarnya.

Tiba-tiba datang seorang Hamba Allah dgn wajah yang bercahaya dari arah depan dan berdiri hampir sekali, kira2 2 meter dari beliau. Wajahnya SubhanaLlah. .indah sekali, tak dapat nak digambarkan. Beliau tertanya2, siapakah orang ini? cantik sekali kejadiannya dan hati beliau rasa sangat tenang dgn hanya melihat wajahnya. Dirasakan seluruh
kesengsaraan yg ditanggung selama ini lenyap begitu sahaja. Kemudian, Hamba Allah itu mengatakan, Assalamu’alaikum, ana Rasulullah.. ”

Subhanallah. .baginda Nabi rupanya! Nabi memakai jubah putih dan kain serban berwarna hijau di atas bahu baginda. Beliau nampak dgn jelas mata Baginda Nabi, janggut Baginda, rambut Baginda, kain serban di atas bahu Baginda dan tubuh Baginda. Kemudian Nabi katakan “Enti fil masjidi” (kamu sekarang berada di masjidku, Masjid Nabawi).. Allahuakbar!

Kemudian Baginda Nabi s.a.w. berkata: QalAllahuta’ ala;”InnaAllahama’ assobirin” (sesungguhnya Allah bersama orang2 yg sabar).
Ketika mendengar suara Nabi mengalunkan Kalamullah, terasa bergema suara merdu Nabi di seluruh alam. Sememangnya Baginda sebaik-baik kejadian dan diciptakan dgn penuh kesempurnaan. Nabi katakan (dalam lughahl arab, tp
diterjemahkan di sini) ; “Ya Syamimi, dengan berkat kesabaran enti, dgn sakit yg enti tanggung selama ini, dan dgn berkat Al-Quran yg enti pelihara di dlm hati, maka Allah bukakan hijab utk enti nampak ana..”

Ketika Nabi menyebut Ya Syamimi, terlintas di hatinya “Ya Allah..Baginda kenal ummatnya!”. Ya Rasulullah.. . Ketika itu, beliau dapat merasakan baiknya Allah, memberikan nikmat yg begitu besar buat dirinya.

Kemudian Nabi katakan lagi; “Sampaikan salamku buat sahabat2 seperjuangan Islam. InsyaAllah, kita semua akan berjumpa nanti..” Nabi s.a.w. kemudian melafazkan; “Ummati.. ummati..ummati. ..” dan beliau nampak jelas Nabi menangis saat itu. Beberapa titisan airmata Baginda yg suci mengalir utk ummat Baginda! Kemudian Baginda Nabi melangkah pergi.

Beliau merintih, “Jangan pergi Ya Rasulullah.. ” tetapi Baginda tetap pergi. Subhanallah, walaupun kita tak pernah bersua dgn Nabi yg mulia, Baginda kenal dan sentiasa ingat akan ummatnya. Beliau sendiri tidak pasti, apakah Baginda menangis kerana rindu kepada ummatnya, atau mungkin saja baginda sedih dgn ummat akhir zaman ini? wallahua’lam. ..

Sedar daripada tidur yg amat indah pengisiannya itu, beliau masih dikelilingi oleh rakan2 yg turut terdengar rintihan beliau dalam tidurnya “Jangan pergi Ya Rasululah… ” Beliau kemudian menceritakan kpd para sahabat tentang mimpinya sekaligus menyampaikan salam Rasulullah buat ummat Baginda. Semua yg mendengar menangis lantaran rindu pada Nabi. Rasa malu pada Nabi krn kita jarang2 ingat pada Baginda sedangkan kita amat terhutang budi padanya. Lebih2 lagi kita sedar bahawa hanya syafaat Bagindalah yg dikejar di akhirat kelak.

Ya Allah..ketika itu, tiada kata yg lebih tinggi drpd kalimah Alhamdulillah utk di rafa’kan pada Allah atas ni’mat yg begitu besar yg Allah berikan pada dirinya. Rasa tak layak dirinya menerima anugerah dgn ujian yg hanya sedikit berbanding insan2 yg lebih berat diuji oleh Allah. Kiranya ada kalimah pujian yg lebih tinggi dr Hamdalah, pasti
akan beliau sebutkan buat Allah Yang Maha Kaya. Semuanya terangkum dalam Rahmat-Nya yg melimpah ruah. Rasa sakit masih menular di tubuhnya. Cuma kali ini dia bertekad tidak akan menangis lagi utk kesakitan ini.

Usai solat Zuhur, rasa sakit yg ditanggung makin hebat. Tak pernah beliau merasakan sakit yg sebegitu rupa. Terasa panas seluruh badan dan seluruh tubuhnya rasa ditikam pada setiap penjuru. Kalau dulu, beliau akan menangis dalam menghadapi kesakitan, namun pada waktu itu beliau pujuk diri utk tidak menangis. “Apa sangatlah sakit yg aku
tanggung ini berbanding nikmat yg Allah telah bagi utk melihat Baginda Nabi s.a.w..”

Kemudian beliau tidur. Beliau terus rasakan berada di tempat tinggi, tempat yg biasa hadir sepanjang beliau menerima gangguan. Beliau katakan “Ya Allah, apa lagi yg hendak Engkau berikan buat hambamu yg hina ni, rasa malu sangat dengan-Mu Ya Allah…” Kemudian dgn izin Allah, datang empat orang yg berpakaian serba hijau. Salah seorang
daripadanya mengatakan; “Assalamu’alaikum Ya Syamimi..Rasulullah s.a.w. sampaikan salam buatmu. Kami utusan Rasululah..Nahnu khulafa’ ar-rasyidin. Ana Abu Bakr, ini Ummar Al-Khattab, Uthman bin ‘affan dan Ali..” Subhanallah. .Saidina Abu Bakr memperkenal dirinya dan ketiga2 sahabat yg mulia. Beliau nampak sendiri, Saidina Abu Bakr yg amat lembut perwatakannya, Saidina Ummar dgn wajah tegasnya, Saidina Uthman yg cantik sekali dan Saidina ‘Ali yg agak kecil orangnya.

Para Sahabat mengatakan; “Kami diutuskan oleh baginda Nabi utk membantu enti..” Kemudian keempat2 mereka membacakan ayat 102 surah Al-Baqarah yg bermaksud:

“Dan mereka mengikuti apa yg dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman. Sulaiman itu tidak kafir tetapi syaitan-syaitan itulah yg kafir, mereka mengajarkan sihir pada manusia dan apa yg diturunkan pada 2 malaikat di negeri Babylon iaitu Harut dan Marut.

Padahal keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang sebelum mengatakan ’sesungguhnya kami hanyalah cubaan (bagimu) sebab itu janganlah kafir.’ Maka mereka mempelajari dari keduanya (malaikat itu) apa yang (dapat) memisahkan antara seorang (suami) denagn isterinya. Mereka tidak akan dapat mencelakakan seseorang dgn sihirnya kecuali dengan izin Allah. Mereka mempelajari sesuatu yang mencelakakan, dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan sungguh, mereka sudah tahu, barang siapa membeli (menggunakan sihir) itu, nescaya tidak akan mendapat keuntungan di akhirat. Dan sungguh, sangatlah buruk perbuatan mereka yang menjual dirinya dgn sihir, sekiranya mereka tahu..”

Selesai membaca ayat itu, para sahabat Nabi menghembus pada makhluk2 yang sedang mengganggu beliau dan mereka semua hancur terbakar.
Subhanallah. .waktu itu terus terasa seolah2 tubuhnya yg sakit dahulu ditukarkan Allah s.w.t. dgn tubuh yg baru. Hilang segala kesakitan yg setahun lebih ditanggung beliau dgn sabar. Saidina Abu Bakr mengatakan;
“Inilah ganjaran besar dari Allah buat orang-orang yang sabar..”

Kemudian, para sahabat Nabi yg mulia pun pergi meninggalkannya.

Selesai mimpi indah yg kedua ini, beliau bangun dr tidur dan terus duduk. Rakan2 sebilik pelik, kenapa beliau dapat bangun dan duduk dgn mudah . Kemudian sahabat2nya itu menyuruh beliau bangun berdiri dan alhamduliLlah. .dgn mudah beliau bangun berdiri dan berjalan d sekitar bilik. “Ya Allah, penyakit ana dah sembuh..” Semua sahabat yang ada di
situ bergembira dan menangis. Kemudian beliau segera ke bilik air untuk berwudhu’. Dengan tubuh yang ‘baru’, beliau sujud syukur pada Allah s.w.t. “Ya Allah, kiranya di beri tempoh sujud 100 tahun pun belum dapat diriku menjadi hamba-Mu yg bersyukur atas nikmat yg telah Engkau berikan..”

Beliau berpesan pada kami; “Adik-adik, wajarlah para sahabat Nabi yang mulia sanggup mati demi mempertahankan Baginda. Akak yang diberi rezeki melihat Nabi tak sampai pun 5 minit dah rasa tak sanggup berpisah dengannya. Kalau boleh, nak duduk je di bilik untuk beribadah pada Allah dan mengenang wajah Nabi yg mulia. Tapi menyedari banyak lagi taklifan dan tanggungjawab kita atas muka bumi Allah ini, maka hidup mesti diteruskan. Sekarang ini hati akak tenang sangat..kalau boleh, nak je akak pinjamkan hati ni walau hanya sesaat agar adik2 dapat merasakan
betapa beningnya hati ini. Tapi itu tak mungkin kan , mungkin ini bahagian akak, bahagian kalian? Hanya Pemiliknya Yang Maha Tahu. Akhir sekali akak ingin katakan, tak rugi kita bersabar…”

Keperibadiannya indah. Cerminan al-Quran katanya ‘Aisyah ra.
Dari semua aspek kehidupan, diperagakannya hanyalah kesyumulan. Allah mengajar manusia berkehidupan di muka bumi ini melalui baginda. Menuruti sunnahnya adalah pahala. Kasih sayangnya tiada bertepi, dari yang kecil hingga yang tua, dari hamba hingga ke bangsawan, dari dulu sampai sekarang, hingga ke akhirnya.. Dialah peribadi unggul sepanjang zaman.
Mencintainya suatu kemuliaan…

Pernah suatu ketika Rasulullah berkumpul didalam satu majlis bersama para sahabat. Tiba-tiba bergenang air mata baginda s.a.w. Para sahabat gelosah melihat sesuatu yang tidakmereka senangi di wajah Rasulullah saw. Bila ditanya oleh Saidina Abu Bakar ra, baginda mengatakan bahawa terlalu merindui ikhwannya.. Saidina Abu Bakar sekali lagi bertanya Rasulullah saw, “bukankah kami ini ikhwanmu?” Rasulullah menjawab, “Tidak, kamu semua adalah sahabatku.. ikhwanku adalah umatku yang belum pernah melihat aku tetapi mereka beriman dan sangat mencintaiku. .. Aku sangat rindu bertemu dengan mereka..”

Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat- Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya (al-Ahzab:56)

p/s: sungguh…berderaian air mataku mengalir..daku rindu akan dirimu..Ya Rasulullah!
(kisah ini dinukilkan oleh sahabat Syamimi hasil pengalaman benar yang telah dilalui..pernah disebarkan melalui e-mel & blog sebelum ini..)

sesungguhnya, ana sangat bersyukur kerana dilahirkan didunia ini sbgai ummat nabi Muhammad S.A.W…
banyakkan lah berselawat dan mendengar zikir..insyaAllah kita semua akan mendapt syafaatnya di Akhirat kelak..wallahu’ alam..(*_ *)

P/S : aku copy post ni dr org lain.. http://www.isuhangat.net/2010/05/08/pelajar-uia-bermimpi-bertemu-rasulullah/#more-1710 ...sama2 r muhasabah..wslm, M2M

Thursday, February 25, 2010

Aduhh!!Susahnye Tasmik Dengan Syeikh Arab !!

Salam.. Lame x bertegur sapa..hehe. Hm,..ape yang susahnye ni??..hm,..tapi memang susah pun.. Aku dari mula tasmik Quran sampai sekarang,..mesti ade je yang salah baca,..tajwid r,makhraj r..macam2. Yela,.Quran dalam bahasa Arab,..aku ni pulak orang melayu.. Jadi lidah pun melayu r..keras je nak betulkan sebutan.. Hmm,harap2 aku dpt khatamkan tasmik Quran aku dengan syeikh aku ni,..Syeikh Mahmoud.. Klo nk tau,syeikh aku ni ajar matan tajwid..2 la agaknye susah nk lepas klo tasmik dengan die.. Nasib bek syeikh ni bek orangnye.. x garang sangat.. Tapi bende yang paling aku suke kn,..tiap2 kali sebelum dan selepas tasmik Quran dengan syeikh,..aku akan cium kedua2 belah pipi syeikh aku ni.. Sayang betul aku kt die.. Moga2 aku dapat berkat die dalam mendalami ilmu Quran ni..insyaAllah..haa,...lupe lak nak cakap..Salam Maulidurrasul.. Banyakkan selawat kepada Nabi Muhammad (saw) sebab hanya baginda yang dapat beri syafaat pada kite di hari akhirat kelak.. Klo kite kedekut nak berselawat pada baginda,..camne baginda nak tolong kite nanti.. Moga2 kite dapat syafaat daripada baginda.. Amin Ya Rabb!

Thursday, September 10, 2009

Kehilangan Suara Emas Persada Nasyeed..




Assalamualaikum.. Lame dah aku tak update blog aku ni.. Sekarang ni aku dah berada di Bumi Mesir. Tak sangke lak dah sampai kat sini. Tengok gambar piramid tu dh dekat nk same besar dengan aku.

Demi ilmu, aku gagahkan jua untuk tidak menikmati lemang dan rendang makku di kampung Senawang pada raya tahun ni. Beraye di negara orang memang laen rasenye. Tak seseronok beraye ni tempat sendiri. Nampak gayenye tahun ni beraye pakai jubah je la. Tapi sekarang ni aku nak ceritakan pengalaman aku bersame arwah asri di detik2 terakhirnye.

2 minggu sebelum die meninggal, aku n da geng (ITQAN) baru je wat video klip lagu raye kompilasi dengan artis2 nasyid. Dengan Rabbani,Mestica,Wildan,Muadz,Algebra,Amrain n Sofiya. Tajuk lagu eh 'Seri Aidilfitri'. (Bukan nak promot yo,..hehe). Mase 2 la first time aku jumpe arwah depan2 n borak2 dengan kumpulan Rabbani. Mesra arwah ni rupenye. Siap ambek gambar bersame lagi. Ni gambar mase tengah shooting video dengan kumpulan2 lain..

Bile cite arwah meninggal, mase 2 aku dh kat Mesir ni ha. Sedih gak r mase 2. Sedekahkan al-fatihah kat die. Bile aku tengok video klip lagu raye dah siap kat youtube, pilu je bile dengar suare arwah asri. Suare die membuatkan orang tertarik dengan nasyid. Ditambah lagi dengan keikhlasan hati berdakwah melalui bidang seni, 2 yang bertambah2 'uumm' 2. Aku harap aku nanti ikhlas berdakwah dalam bidang nasyid ni. Takut tak ikhlas, sia2 je pe yang kite wat. Xde pape manfaat pun. Yang dapat hanyalah riya' dan takabbur. Padahal bakat suare 2 dari Allah, menyuruh hambanye berdakwah menyebarkan Islam, bukannye berlagak. Aku berharap suatu hari nanti, aku berjaya mendakwah orang melalui bidang nasyid ni. Berhibur tak salah sbb hiburan ni indah, tapi klo salah memilih hiburan 2 yang wat kito berdose 2.. ''Kehilanganmu tiada pengganti dalam bidang ini,wahai asri!! Akanku teruskan perjuanganmu untuk berdakwah dalam bidang ini..!!''

Sunday, May 10, 2009

Di Madinah ^ Part 2

Sambungan mase kat Raudhah, dalam Masjid Nabawi, Madinah. Mase aku tgh solat, memang ramai yang lalu depan aku. Bukannye diorang sengaje, tapi keadaan memakse. Time aku sujud pun ade gak yang melangkah kepale aku. Yelaa, nak wat camne. Klo aku pun akan buat perkare yang same kot xde tempat nak lalu. Bayangkan la betape ramainye mase tu orang kat Raudhah. Lepas je aku abes solat 4 rakaat 2 salam, aku berdoa untuk kesejahteraan famili aku, kesihatan mak abah aku, kejayaan member2 aku kat sekolah (tapi ramai yo daur maso tu.. Tak maqbul agak eh, hehe), aku doakan brother2 aku yang kongsi2 duit untuk support aku pergi wat umrah ni. Yelaa, kot brother2 aku tak kongsi duit untuk support aku, takkan dapat aku jejakkan kaki aku kat tempat suci tu. Bile aku habes je doa & bangun, mamat Endon tu ambek balik tempat die tu. Terus je die sambung berzikir balik. Tapi sempat gak aku ucap time kasih kat die, tersenyum je die. Aku pun terus menuju ke makam Rasulullah (s.a.w.) dengan abah & abang aku. Time tu memang nervous gile2. Tapi aku wat2 bese je. Bile aku nampak je makam Rasulullah (s.a.w.), terus menitik air mata aku, macam aku 'nampak' Rasulullah (s.a.w.) je mase tu. Dah la aku jarang amalan sunnahnye, liat je nk buat, contoh pakai serban. Hm, aku ingatkan satu je makam kat dalam masjid Nabawi tu, rupenye ade 3 makam, iaitu Makam Rasulullah (s.a.w), makam Khalifah Pertama – Saidina Abu Bakar al-Siddiq, dan Khalifah Kedua – Saidina Umar al-Khattab. Ni aku sertakan gambar skali.
Kat depan makam tu, ramai gile orang bagi salam kat Rasulullah (s.a.w.), "Assalamualaika Ya Rasulullah (s.a.w.)!!". Tapi penjage makam tu die tak bagi orang diri lelame kat depan makam tu. Sekadar bagi salam, cukup. Klo ade yang berdoa mengadap makam nanti die halau, "Ya Hajj! Ya Hajj!!, Qiblah2!!", sebab makam Rasulullah (s.a.w.) bertentangan dengan qiblat. Aku pun bengang gak dengan penjage makam tu. Disebabkan keadaan tu, terpakse la aku berdoa jauh sikit daripada makam. Ade 3 ke 4 kali aku bagi salam untuk Rasulullah (s.a.w.). Wakil untuk abang2 & member2 aku. Tapi aku tak puas ati lagi sebab sekejap sangat duduk depan makam tu. Dengan selambenye aku pergi kat depan makam tu. Berdiri kat situ lelame, sambil memberi salam & berselawat. Polis & penjage makam tu marah aku, tapi aku wat tak reti je. Ade dalam 15 minit kot aku kat depan makam tu. Aku nampak muke polis & penjage makam 2 agak merah sambil menghadap aku. Ish, bahaye ni!!. Kang kot kene tangkap sia2 je. Dah la Makkah aku belum lawat lagi. Aku abeskan selawat aku cepat2 & aku terus meninggalkan makam Rasulullah (s.a.w.) dengan hati yang penuh hiba. Aku cari abah & abang aku. Rupenye diorang dah ade kat pintu masuk tadi, tengah tunggu aku nak balik ke hotel. Aku cerita la kat abah aku yang aku dapat duduk depan makam dalam 15 minit. Abah aku cakap kat abang aku, "Adek ko ni badan macam orang Arab, tu agak eh polis tu tak berani nak halau tu...", sambil tergelak. Kitorang pun balik dengan keadaan riang gembira sebab dapat mencapai hajat masing2. Ni gambar aku & famili depan Masjid Nabawi, lepas waktu Isyak kot tak silap.Dekat sane, waktu solat awal. Klo Subuh kat sane, lebih kurang pukul 4.30 pagi dah azan. Kat Madinah memang seronok buat ibadat. 'Zuuuppp' nye laen macam r. Semangat tu datang secara tibe2. Kot kat Malaysia payah gile nak pergi masjid. Tapi kat sane boleh katekan full waktu solat kat masjid (record baru aku tu). Sebenarnye, aku ade pengalaman yang agak perit kat Madinah. Nak tau?? Kene tunggu r, hehehe..... Bersambung,....

Artist??? Tidaaaaakk!!!! ^ Part 1

Hmm, ape artist? Orang akan panggil seseorang tu artist klo die dah ade album rakaman. Klo artist nasyeed, maksudnye die rakam lagu nasyeed la kan, takkan lagu indi band lak kan. Hm, sekarang ni aku nak cite pengalaman aku rakam album nasyeed. Start rakam album klo x silap hujung tahun 2007. Time orang cuti sekolah. Berkampung la aku kat Shah Alam 2 minggu. Bayangkan rakam satu album dalam mase 2 minggu?? Hijjaz pun xleh camtu beb!! Dengan xde pengalaman dalam studio, suare pn xde seni lagi,.serba kekurangan. Nasib baik sempat gak abeskan 8 buah lagu 2.
Tapi mase kat studio aku banyak blaja teknik2 vocal. Sebab bro yang jadi producer aku 2 anak murid pada Hazami. Banyak gak r yang aku blaja pasal vocal dengan die. Walau ape2 pun, niat xleh lari. Niat kite kene berdakwah, bukan nak tunjuk hebat. aku kagum dengan kawan2 aku. Yelaa, sanggup bagi komitmen untuk recording walaupun waktu cuti. Padahal member2 len sume tengah syok bercuti. Alhamdulillah, dah setahun dah pun album 2 de kat pasaran. walaupun x meletup mane macam artist nasyeed len, tapi kitorang bangge dengan pe yang kitorang dah wat. Sekurang2nye ade care kitorang sendiri untuk berdakwah. Laku x laku, 2 point no 2. Dan dengar cite ust aku yang kat Malaysia, U Amir, die cakap dah merancang nak wat album ke dua. Mungkin tahun depan start recording. Lagu pun lagu2 Nada Murni yang diberi nafas baru. X sempat aku nk join sebab aku kat perantauan. walau pape pun, gudluck r kepada kawan2 yang akan meneruskan perjuangan. Moga tercapai segale yang diimpikan!!

Thursday, May 7, 2009

Di Madinah ^ Part 1

Masuk ni, kali kedue dah aku naek airplane. Kali pertame aku naek airplane mase pergi Kelantan. Tu pun MAINS support pergi belajar tarannum dengan tok guru kat sane. Hmm, kali kedue aku naek airplane ni mase pergi buat umrah tahun lepas dengan family aku. Bapak maen letih naek airplane!! Yelaa, 8 jam duduk kat dalam tu, mane tak kematu buntut aku. Tapi aku sabarkan hati. Orang cakap klo ikut hati, mati. Ish, aku tak nak mati dulu. Amal tak cukup lagi ni. Hm, bile dah nak sampai Jeddah, hati aku berdebar2. Yelaa, first time sampai tempat suci ni. Dapat pulak aku dengar cite yang bukan2 dari orang yg pernah sampai sini. Tak nampak Kaabah la, tak jumpe hotel la, macam2. Tu yang buat aku takut tu. Bile mendarat je airplane tu, sume orang turun naek bas untuk pergi balai ketibaan. Terasa bahang kepanasan kat Makkah. 45'c. Kat Malaysia paling panas pun 37'c. Sebelum turun airplane tu, aku sempat speaking Arab kat pramugari Arabic Airlines tu. Sempat lagi mengusya.. Ish3. Famili aku ambek travel Andalusia. Jadi kitorang duduk kat Madinah dulu, pastu baru duduk Makkah. Masa on the way pergi Madinah, mutawwif ( Tour Guide ) aku, Rif'ad pelajar Indon yang belajar kat Makkah pun memperkenalkan destinasi2 di Madinah. Ni ha, gambar famili aku dengan mutawwif, Rif'ad mase buat umrah. Aku mase dalam bas yang menuju ke Madinah, asyek berzikir & berselawat je (ceh, macam bagus kan!! hehe ). Tak sabar2 aku nak pergi Masjid Nabawi, sebab makam manusia paling mulia dalam dunia ni ade kat dalam masjid tu Sebelum ni tengok dalam gambar je. Ni aku bakal tengok 'live'!! Bile mutawwif aku, Rif'ad cakap yg dah nak sampai Masjid Nabawi, hati aku menggelegak. Tapi mase tu dh dekat kul 2 pagi. Jadi rancangan untuk melawat Masjid Nabawi ditunda pada ari esoknye oleh mutawwif aku. Oleh tu, Sume orang check in dan terus rehat di dalam bilik masing2. Tapi disebabkan ketidaksabaran aku untuk 'berjumpe' dengan Rasululah ( s.a.w. ), aku dengan abah dan abang aku terus menuju ke Masjid Nabawi pada pukul 3 pagi. Nak cari pintu masuk pun susah. Berkeliaran aku dengan abah dan abang mencari pintu masuk. Pintu Masjid Nabawi ni selepas pukul 12 akan ditutup. Cume satu pintu je yang dibuka iaitu pintu depan skali. Akhirnya aku dengan abah dan abang jumpe gak pintu masuk kat depan sane. Nasib baek dalam masjid sejuk. Fully Air-cond la katakan. MasyaAllah, ramainye orang dalam masjid!!! Dah pukul 3 pagi pun ramai gak orang!!! Terkejut beruk aku. Klo kat Malaysia, pukul 3 pagi tinggal 'pakguard' je kot kat Masjid Negeri tu. Aku terus menuju ke tempat yang abah aku selalu cakap kat aku dulu, iaitu Raudhah. Huh, sungguh ramai manusia di tempat tu. Nak solat sunat kat situ pun tak boleh, berdiri pun nasib2 je. Tapi rezeki aku untuk solat kat Raudhah ade. Tetibe ade orang Endon bangun. Die suruh aku solat kat tempat die duduk tadi. Die pulak berdiri ganti aku sambil mulut die tak berhenti2 berzikir. Ya Allah, bersyukur sangat aku mase tu. Aku pun solat tahajjud 2 rakaat dengan penuh khusyuk. Mengalir air mata mase 2. Selame ni jarang2 aku menangis mase solat. Yang selalunye ngantok je mase solat. Mase tu aku terase tenang sangat. Macam berada kat awangan. Betul la firman Allah di dalam Al-Quran, ketahuilah hati akan menjadi tenang dengan mengingati Allah ( berzikir ). Baru la aku betul2 paham maksud ayat tu. Sebelum ni hafal bute je. Bersambung....

Notakaki Wajib!! : Selalu2 la berzikir, selepas tiap2 solat 5 waktu ambek mase 10 min je klo malas sangat. Lu pikir la sendiri klo nak masuk syurga. Assamekom!!

Aku Ada Sekolah ^ Part 1

Hmm, sume orang mesti ade sekolah.. Sape yang cakap xde sekolah tu, aku rase die mungkin orang utan kot. Tak pun orang yg abes sekolah terus jadi artis, tu sebab ramai artis 'kureng cerdik' ( bahasa bertapis, takut kene 'sue' ). Tapi diorang mesti sekolah gak. Paling koman takat SPM. Tandanye memang xde orang yang tak sekolah kat dunia ni. Ok, kite mulakan dengan sekolah rendah aku. Aku dulu sekolah kat Sek. Keb. Senawang. Alaa, kat Senawang, tempat Mat Rempit melepak tu. Haaa, tau pun!!!! Aku belajar kat situ dari darjah 1 sampai darjah 6, tahun 1995 - 2000. Ni ha, aku sertakan sekali gambar aku masa kecik. Nak cakap banyak kenangan tu, hmm, ntah la. Banyak dah lupe la. Tak ingat sangat. Tapi yang betul2 aku ingat ialah aku dapat 4A 1B dalam UPSR. Yang 'B' nye B.I. Aku target B.I dapat 'E'. Bangge gile mase 2!! Cikgu2 ternganga tengok result aku. Sebab aku ni dah la jenis malas belajar. Rezeki!! Rezeki 2 Allah yang bagi. Kalau kite belajar rajin2 pun, Allah x nak bagi kite score, same 'fail' gak,.. Aku rase aku dapat 4A tu sebab Allah nak aku jadi 'Penjaga Kalam-Nya'. Sebab lps UPSR, aku mohon Maahad Ahmadi, Gemencheh ( Tahfiz & I'dadi ), Alhamdulillah aku dapat kedua2nye. Tapi abah aku beriye2 suruh ambek Tahfiz. Jadi aku pun ikut je la ckp abah aku tu. Sebab orang tue2 kate, klo kite dengar ckp mak abah, dapat pahale. So, bermulalah hidup aku sebagai Penghafaz Al-Quran pada tahun 2001 di Maahad Ahmadi, Gemencheh dengan member2 yang agak masuk air, hahaha. Bersambung,.....

Notakaki : Ingatilah sekolah anda!! Assamekom!! ( stail Nabil )